BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 11, 2011

TAKWIM PERSEKOLAHAN 2012 KPM


11.11.11


SHANGHAI – Beribu-ribu pasangan di China akan melangsungkan perkahwinan hari ini kerana mereka menganggap 11/11/11 sebagai tarikh bertuah.

Akhbar Shanghai Morning Post melaporkan lebih 3,000 pasangan membuat tempahan untuk berkahwin di bandar raya ini.Peluang untuk berkahwin pada tarikh yang mengandungi barisan angka 1 itu, kata akhbar berkenaan, cuma datang sekali dalam tempoh satu abad.

Keghairahan sama turut dilaporkan di bandar-bandar lain di China dengan lebih 400 pasangan menempah untuk berkahwin di bandar raya Wuhan, tengah China.

Di bandar Jinan, timur China pula lebih seratus pasangan merancang untuk berkahwin pada tarikh tersebut yang dianggap bertuah.

“Peluang untuk berkahwin pada hari ini yang memiliki tarikh 11/11/11 cuma datang sekali dalam seumur hidup,” kata seorang pengantin lelaki, Wang Qiang.

“Saya dan pasangan saya tidak akan membiarkan peluang ini terlepas,” tambahnya. – Agensi

Saturday, October 22, 2011

Kursus Peningkatan KKQ 2011 BTPN Sabah 19-21 Okt 2011.






Tahniah kepada semua peserta kursus, semoga perjuangan kita di sini diberkati Allah swt & ucapan terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat... Syukran jazilan

Tuesday, August 16, 2011

.::Salam nuzul Al-Quran::.

.::Salam nuzul Al-Quran::.

Sunday, July 31, 2011

Membisu itu lebih indah...

Bila air mata kita mengalir dek byk ?????....
Kita hanya menbiarkan ia mengalir deras...
Tak terdaya untuk menyapu air mata itu....
Dengan jari jemari kita....
Apatah lg menahan ia dr mengalir ke pipi kita...
Sempit dada menahan sedu dan sedan
Pada wak2 itu...
Kita mmg mengharapkan ada insan dtg kpd kita....
Walaupun tnpa apa jua bicara...
Ckplah sekadar ada di sisi...
Memberi kekuatan dan sokongan...
Tp...
Selalunya kita SENDIRIAN dlm keadaan itu...
Sunyi dan sepi mampu membunuh kita...
Kesepian mengheret kita ke dunia kita sendirian...
Kesunyian menjdkan kita tak terarah...
Kita hilang kawalan...
Dan kita hilang jua penumpuan...
Kerana SUNYI....
Insan2 yg tidak memahami...
Akan memandangkan kita dgn jengkel...
Melihat kita sbg manusia cengeng...
Yg tiada tujuan....
Pedulikan anggapan i2...
Pedulikan apa jua pandangan mereka...
Kerana mereka hanya mmp...
Berkata d belakang kita....
Tanpa ssorg yg sudi duduk bersama kita...
Utk berkongsi air mata...
Apa yg kita rasakan sdh cukup berat...
Terbuku di kalbu...
Kita hnya mampu membisu..
Bagi kita i2 lebih indah...
Dari berbicara dgn insan yg tidak endah...
Dari meluah rsa pd insan yg tidak kisah..
Apa yg kita rasai....
Apa yg kita alami...
Tiada seindah kata utk di gambarkan...
Tiada secantik utk di luahkan...
Ia hnya bermain di jiwa kita...
Akhirnye....
Kita hnya mmpu sujud dgn air mata...
Lalu memohon:....
“ ya hayyu, ya qayyum...
Birahmatika astaghith....”

DBW 3488 1 RAMADHAN 2011


30 April 2011 [Merisik]


Wednesday, July 27, 2011

Barisan Askar2 Kawe 2011



1 CEMPAKA 2011

Monday, July 25, 2011

Tanggal 26hb julai 2011

Tanggal 26hb julai 2011, 11:04PM...
Hati ini berbicara sambil menagis teresak-esak memecah kesunyian mlm...
Menagis kerana seorang wanita yg die sayangi,
Seorang yang bergelar insan biasa...
Insan normal akan menagis...
Bila hatinye tak tahan lagi dengan rasa sedih...
Kesedihan yang terbuku lama dlm hati...
Lama2 die akan mendesak kita...
Dengan mengalikan air jernih di pipi kita...
=(....
Sbb itu adalah lumrah sifat sorang insan yang semula jadi...
Suka, duka, ketawa, menagis, sdey d ll..
Mlm ini biarlah ia menjadi sebutir mutiara kenangan...
Yang terpahak di lubuk hati ini...
[kalo d imbas kembali nnt, saat inilah satu2nye bunga2, pelangi2 kehidupan kita]
=(...
Wassalam.@rsad

Saturday, July 23, 2011

Kem Kemanisan Iman Sekolah-Sekolah Daerah Kinabatangan 2011



Tarikh: 22-23hb julai 2011
Tempat: Smk Bukit Garam II

Friday, May 20, 2011

AKku....

Sepanjang hidup aku...
inilah kali ke dua aku sayangkan sseorang...
sseorang wanita baik, cerdik dan solehah...
sseorang wanita yang di impikan oleh setiap lelaki...
yang mengharapkan kebahagian daripadanye...
kali ini aku dapat rasakan aku betul-betul sayangkan die...
dl aku pernah terluka kerana wanita...
sakit kerana wanita...
tp ya tuhan sakitnya sgt2 sakit...
aku x lalu mkn...
ssh nk lena...
sampai kuliah pn aku rasa malas nk pegi...
kalo d kenang2kan kembali...
rasa lucu plak aku nie...
tp serius...
kali ini aku betul-betul mengharap kebahagian drpd wanita yang aku sayangi sekarang...
aku betul nak mengahwini nye...
aku kena jaga die betul2...
jaga hatinye betul2...
walaupun aku akui...
aku x pandai nak berkasih sayang mcm org2 kat luar sana...
tp aku kena berusaha jadi terbaik untuknye...
terbaik d matanye...
terbaik d hatinye....
P/s: sori, hatiku jiwang sikit sejak kebelakangan nie..:-)

Sunday, May 8, 2011

Suami/ayah tercinta


Suatu pagi yang tenang, di dalam sebuah komuter.. kelihatan seorang lelaki sekitar lewat 20-an, Azwan, memasuki salah satu gerabak saat ia berhenti di sebuah stesen. Dia masuk bersama-sama dua orang anak lelaki, mungkin berusia 4 dan 6 tahun.. Sebaik sahaja dia melabuhkan diri di sebuah kerusi, tanpa menghiraukan anak-anaknya.. Azwan terus memejamkan mata. Wajahnya kelihatan penat, langsung saja melelapkan mata. Si anak pula apa lagi, ligatlah bermain-main dua beradik itu ke hujung dan ke hilir gerabak. Dek kerana suasana yang kurang sesak, memang agak senanglah untuk mereka berlari kesana-kemari. Mula-mula berlumba lari, si adik kalah lalu marah-marah, meradang. Pastinya suasana yang tenang tadi menjadi bingit dan merimaskan penumpang lain. Masing-masing memandang saja si ayah yang kelihatan lena melelapkan matanya. Kemudian, mereka berlumba pula memanjat tiang di dalam gerabak tersebut. Si abang pula yang kalah, geram, lalu dicapainya majalah seorang penumpang yang sedang membaca - dan terjatuh. Kelihatan puas hati di wajahnya. Mahu dimarahi, cuma budak kecil.. Malangnya si adik pula terasa tercabar. Kalau abangnya boleh buat begitu, pasti dia pun boleh! Si adik pun buatlah hal yang sama! Kali ini surat khabar penumpang lain menjadi mangsa - dan terjatuh juga. Penumpang lain yang melihat sekadar menggelengkan kepala, dan menyimpan bahan bacaan mereka! Dua beradik itu masih lagi aktif.. bermain-main. Akhirnya seorang penumpang lalu cuba menegur Azwan. Ditepuknya peha Azwan, terkejut dari lelapnya. Sambil cuba menahan rasa geram dia berkata dengn baik, "Maaf saudara, anak-anak saudara sangat mengganggu kami!" Azwan terpinga-pinga, sebentar kemudian dia cuba bangun. Tapi seakan-akan tiada kekuatan, dia terduduk kembali. Tiba-tiba, wajah Azwan kemerah-merahan.. lalu terluah airmata jantannya. Si lelaki yang menegur tadi mula serba salah. "Maaf saudara.. Saudara ade masalah ke?" Akhirnya Azwan membuka cerita.. Katanya, isterinya sebenarnya terlantar sakit di hospital - setelah disahkan mempunyai ketumbuhan di bahagian otak. Sejak itu, isterinya terpaksa ditahan di hospital dan diletakkan di bawah pemeriksaan rapi. Oleh itu, kanak-kanak tidak dapat dibenarkan melawatnya sebagai langkah keselamatan. Setelah berminggu-minggu, si anak-anak sangatlah merindukan ibunya. Dan ibunya pula apatah lagi. Azwan bagaikan berada di tengah-tengah. Ingin saja dia menemukan anak-anaknya dengan isterinya di hospital, tetapi tidak dibenarkan oleh doktor. Akhirnya si anak-anak mula menjadi murung, tidak berselera makan.. dan asyik bertanyakan tentang ibunya. Isterinya pula semakin hari menjadi semakin lemah, dan sangat merindukan anak-anaknya. Kerana terlalu rindu, isteri Azwan pernah memberitahunya, jika pun dia perlu membayar wang semata-mata untuk dibenarkan berjumpa anak-anaknya, dia sanggup! Dia meminta Azwan mengeluarkan semua simpanan mereka untuk membayarnya! Azwan terus mendesak dan mendesak doktor.. akhirnya dibenarkan, tetapi tidak boleh lama. Lalu dia terus pulang ke rumah, mendapatkan anak-anaknya.. dan memberitahu berita gembira itu - mereka akan bertemu si ibu esok! Lalu melompat kegembiraanlah dua beradik itu. Terus berselera makan, menyanyi-nyanyi.. malah si abang siap melukiskan sesuatu untuk ditunjukkan kepada ibunya keesokan hari. Si adik pula terus mencari-cari baju yang mana ingin dipakai. Sepanjang malam, bertalu-talu soalan diajukan kepada Azwan oleh anak-anaknya, tentang ibu mereka. Akhirnya mereka terlelap juga, lewat malam. Keesokannya, hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Azwan pulang dari kerjanya pada waktu tengahari, untuk menjemput anak-anak. Sampai saja di pintu rumah, anak-anaknya telah pun siap! Akhirnya Azwan sendiri tak sempat berehat dan menukar pakaiannya, terus saja keluar menuju ke stesen komuter. Namun, siapa sangka.. saat mereka ingin keluar, Azwan mendapat panggilan daripada hospital - menyatakan isterinya baru saja menghembuskan nafasnya yang terakhir! Hancur luluh hatinya, terus kelu lidahnya, langsung kaku jasadnya. Azwan buntu, tidak tahu apa yang harus dilakukan, apa yang harus diberitahu kepada anak-anaknya.. Dia benar-benar tersentak dan sebak, apalagi melihatkan kegembiraan pada wajah anak-anaknya untuk bertemu ibu mereka. Akhirnya Azwan tetap ke stesen komuter, dan menuju ke hospital - dengan fikiran yang kosong. Kerana itulah dia langsung duduk dan cuba menenangkan dirinya. Dan membiarkan saja anak-anaknya terus gembira. Dia tak mempunyai perkataan untuk menjelaskan kepada mereka bahawa si ibunya telah tiada! Lelaki yang menegurnya tadi sangat tersentuh. Terasa bersalah kerana menegur tadi. Perasan geram dan marahnya terhadap si anak-anak itu tadi, terus bertukar menjadi sayang, sayu dan kasihan.. "Kalau encik boleh tolong terangkan kepada anak-anak saya, silakan.. Saya memang tak tahu macamana nak bagitahu mereka..", akhiri Azwan. ... Begitulah kisah yag sangat menyentuh perasaan itu. Lelaki tadi yang mulanya tersangat marah dengan kerenah si anak-anak kecik yang nakal, akhirnya bertukar menjadi sayang dan sayu - kerana dia tahu akan perkara yang sebenarnya. Tetapi bagaimana pula dengan penumpang lain, yang masih tidak tahu? Pastinya rasa marah itu masih berbuku di hati mereka. Itulah bezanya antara orang yang mengetahui, dan yang tidak mengetahui. "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dan orang-orang yang tidak mengetahui?" (QS.al-Zumar:9) p/s; Kisah ini dikongsi oleh seorang penceramah di tapak pesta konvo UTM. Wallahu'alam

Tuesday, April 26, 2011

Ayat pegi meminang...

Saturday, April 16, 2011

Ya Allah,...

Ya Allah, ku mohon, Apa yang telah Kau takdirkan, Ku harap dia adalah yang terbaik buatku....amen3...

Sunday, April 10, 2011

Alhamdulillah ya Allah...


sujud syukur pada mu ya Allah...

Thursday, April 7, 2011

KaS!H KeKaS!H.....

Kasih dengarlah hatiku berbicara
Kasih izinkan diriku bertanya
Bisakah cinta bersemi
Mengundang restu Ilahi
Adakah bahagia yang diimpi
Menjadi satu realiti

Kasih kusedari kekurangan ini
Kasih kuinsafi kelemahan diri
Kuingin sunting dirimu
Menjadi permaisuri hatiku
Sebagai isteri yang berbudi
Kebanggaan para suami

Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga di dalam rumah tangga

Hanya itu yang kuinginkan
Dari insan yang amat kusayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu

Andainya tiada jodoh
Untuk ke singgahsana
Kupasrahkan segalanya
Kerna takdir yang akan menentukan
Impian kasih

Mod ari nie...


Mod ari nie...

Sunday, April 3, 2011

♫ Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku.....

Friday, April 1, 2011

UJIAN PENDIDIKAN ISLAM PENILAIN 1 TINGKATAN 1

Solan.

Thursday, March 31, 2011

KB MALL MOVIE - BOX OFFICE!



masya,allah...bdk2 sekarang!!!

Wednesday, March 30, 2011

Hatiku Menangis....

Kali ini hatiku menangis, tiada sape yang tahu..
Ketika hatiku menangis, tiada nada yang tahu...
Hatiku menangis dalam kesunyian,dan kehampaan dari hatiku yang terdalam....

Diwaktu itu...
Aku sendirian didalam kegelapan, memejamkan mata, dan berusaha berfikir
bahwa semuanya akan baik-baik saja, walau aku tahu semua ini tidak akan boleh mengubah apa2...

Ya allah, kuatkan diri ku.....

TILIK ORANG/ BACA ORANG!!!!!

Tilik org/baca orang hukumnya haram, khurafat di larang di tegah sama sekali dalam islam.....kita menilik orang x lain x bukan tuk mencari kelmahan dan kekurangan ssorang...btl x...???apa pun alasan 1001 alasan itu realitinya...kita sedap menilik orang sedangkan kita tak tahu apa perasaan orang dan famly yang kita tilik tue...macam mana seksok orang lain plak tilik kita...tepuk dada tanyalah perasaan...sekadar berbicara, tiada kena mengena ngan yang hidup mahu pun yang elah meninggal dunia....

UJIAN PENILAIN KKQ TINGKATAN 1

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH SWT ujian penilaian KKQ Ting 1 & 3 2011 telah berjalan seprti mana yang di rancang. Result bdk2 pun alhamdulillah....

Contoh soalan ujian penilaian KKQ Ting 1

Contoh soalan ujian penilaian KKQ Ting 3

Tuesday, March 29, 2011

Rancangan Tahunan Pendidikan Islam

Rancangan Tahunan Pendidikan Islam Tingkatan 1

Rancangan Tahunan Pendidikan Islam Tingkatan 2


Rancangan Tahunan Pendidikan Islam Tingkatan 3


Rancangan Tahunan Pendidikan Islam Tingkatan 4

Rancangan Tahunan Pendidikan Islam Tingkatan 5

tolong share bahan P&P anda ke blog ini. Email dan attach kan ke: adam_arsyad@yahoo.com

Friday, March 25, 2011

Yang Lalu Biar Berlalu........

salam alaik...

Yang Lalu Biar Berlalu, la tahzan....

Janganlah kita hidup dalam mimpi buruk masa lalu kita sendiri, atau di bawah payung gelap masa silam kita sendiri.Selamatkan diri kita dari bayangan masa lalu! Apakah kita ingin mengembalikan air sungai mengalir ke hulu , matahari ke tempatnya terbit , seorok bayi ke perut ibunya, air susu ke payudara sang ibu, dan air mata ke dalam kelopak mata ?

Ingatlah , keterikatan kita dengan masa lalu, keresahan kita atas apa yng telah terjadi pada masa lalu, adalah kondisi yang sangat naif, memprihatinkan dan menakutkan. Membaca kembali lembaran pahit masa lalu, hanya akan memupuskan masa depan, mengendurkan semangat dan menyia-nyiakan waktu yang sangat berharga Adalah bencana besar, manakala kita rela mengabaikan masa depan dan justru hanya disibukkan dengan memikirkan masa lalu.

Itu sama halnya dengan mengabaikan istana-istana yang indah dengan sibuk meratapi puing-puing yang telah lapuk. Padahal betapapun seluruh manusia dan jin bersatu untuk mengembalikan semua hal yang telah berlalu,niscaya mereka tidak akan mampu.

Sebab yang demikian itu sudah mustahil pada asalnya. Orang yang berpikiran jernih tidak akan pernah melihat sedikitpun ke belakang. Pasalnya , angin akan selalu berhembus ke depan, air akan mengalir ke depan, setiap kafilah akan bergerak ke depan, dan segala sesuatu bergerak maju ke depan. Maka dari itu , janganlah melawan sunnah kehidupan.......

Sunday, March 20, 2011

Rahsia/petua wangi diri.......

Salam semua...

Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah itu ialah hati.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Nampak dak, petuanya mudah saja cuma nak buat tu yang payah. Nak cerita kacang tapi nak amalkan dia tak senang... haha... Tapi ketahuilah... ini lah wangian yang sebaik baik wangi, apabila wangi saja HATI maka seluruh anggota badan kita akan turut wangi sekali...

Mai lah sama sama kita perbetoi diri dengan menyuci hati dan secara tak langsungnya jugak wangi lah diri...

Wassalam...

Saturday, February 19, 2011

PERISTIWA MENARIK SEMASA KELAHIRAN NABI SAW

Kelahiran nabi saw penuh dengan rahmat buat sekian alam....

Bermula dengan hari kelahiran nabi saw, peristiwa yg pertama ialah keadaan Mekah dan sekelilingnya ketika berada di dalam keadaan yang damai yang menenangkan jiwa. Angin yang bertiup sepoi-sepoi, keadaan alam ketika itu seolah-olah menyambut ketibaan tetamu agung yang tidak pernah dirasai oleh penduduk Mekah sebelum ini....allahu akbar..

Manakala peristiea yg kedua ialah kelahiran nabi saw juga disambut dengan suka cita oleh keluarga bani Hasyim. Di negeri Parsi, kelahiran nabi saw, Muhammad bin Abdullah memadamkan api-api keramat kaum majusi di kuil-kuil yang selama seribu tahun tidak terpadam semenjak dihidupkan. Kelahiran Muhammad juga menggoyangkan sendi-sendi istana Qisro Rumawi dan menyebabkan menaranya roboh. Muhammad lahir dengan membawa panji-panji risalah terakhir dari Allah untuk umat manusia.

Dan yg ketiga,ialah ketahui dari sejarah dan hadis bahawa ketika Nabi Muhammad saw lahir, dinding-dinding istana Qisro retak dan menaranya roboh. Api di kuil-kuil persembahan Parsi padam. Danau dan sawah mengering. Berhala-berhala yang memenuhi pelantaran Kaabah tumbang. Cahaya dari tubuh Muhammad memancar naik ke langit dan menerangi semua tempat yang dilaluinya.

Keempat, Anusyirwan dan pendeta-pendeta Zaratustra mendapat mimpi yang menakutkan. Ketika lahir, Nabi kecil itu telah tersunat dan tali pusatnya pun sudah terpotong. Ketika lahir ke dunia, beliau berkata; “Allahu Akbar, alhamdulillah, Dialah Allah yang harus disembah siang dan malam.”

Thursday, February 17, 2011

Istikharah cinta....

Tuesday, February 15, 2011

Kenapa Tak Rogol Saya?


Kisah benar ini berlaku di US.Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yangbagus.

Suatu malam perempuan ini dalamperjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalanyang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasatakut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorongitu. Dia sudah mula rasa takut dan taksedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia bacaayat Kursi dengan penuh pengharapan agarAllah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasibbaik lelaki itu buat tidak endah danperempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelakiyang tidak dikenali dekat lorong yangdia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putihyang dia lihat semalam adalah perogolitu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspekmelalui kawad cam dan selepas siasatandilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebutwalhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini naktahu sangat sebabnya. Jadi dia mintakebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ketempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on thatnight even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat sayamalam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other onewas by your left side. If you were aloneof course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tusaya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudahpasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengarpenjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.WALLAHUA'LAM.....