BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 12, 2009

TUTORIAL 3 ( GE3143 ASAS PENYELIDIKAN)

1. Kepentingan Kajian Literatur.

a. Mengenalpasti pembolehubah-pembolehubah penting.

Melalui tinjauan literatur, penyelidik boleh mendapat idea yang jelas tentang pembolehubah-pembolehubah yang penting dalam sesuatu persoalan yang ingin dikaji. Kajian Literatur juga membantu penyelidik membuat definisi istilah konsep penting dalam sesuatu kajian.

b. Membezakan apa yang telah dikaji dengan yang dikaji.

Pengkaji yang menjalankan kajian bukan sahaja mengkaji apa yang akan dikaji tetapi juga akan mengkaji kajian-kajian lepas sebagai asas kepada perasalahan yang ingin dikaji. Kajian lepas dapat memperkenalkan hala tuju baru kepada kajian yang bakal dilakukan.

c. Membuat sintesis ke arah perspektif berbeza.

Melalui tinjauan literatur, pengkaji biasanya akan membuat rumusan ke atas kajian-kajian lepas seterusnya membolehkan seseorang penyelidik itu membuat sintesis tentang bidang ilmu.

d. Menentukan makna dan hubungan.

Pembolehubah-pembolehubah yang ada dalam setiap kajian perlu dinyatakan, didefinisikan dan digabungkan dalam permasalahan atau hipotesis yang akan dibuat. Sekiranya kajian literatur dijalankan, penyelidik tidaklah terikat untuk membina makna dan hubungan asli.

e. Menyediakan konteks kepada permasalahan.

Tinjauan literatur memberi konteks kepada peyatan masalah sesuatu penyelidikan dan ianya penting sebagai justifikasi kepada ” setting ” dimana masalah tersebut diambil.

f. Memperkuatkan signifikasi permasalahan.

Biasanya penyataan masalah biasanya didasarkan kepada justifikasi teoritikal. Untuk ini, biasanya seorang penyelidik mengambil rujukan daripada tinjauan literatur yang dibuat.

2. Kajian-kajian lepas yang telah dilakukan.

Dalam tinjauan literatur, kajian-kajian lepas yang dilakukan adalah penting untuk ditekankan. Hal ini kerana, melalui kajian-kajian lepas kita akan mendapat satu maklumat secara menyeluruh mengenai konsep ataupun idea yang dikemukakan. Oleh itu, kita akan dapat memahami dengan lebih mendalam serta memfokuskan permasalahn kajian yang hendak diutarakan.

Selain itu, melalui penekanan kajian-kajia lepas juga, kita akan dapat mengelakkan diri daripada membuat penyalinan, iaitu melakukan kajian yang sama dengan kajian yang lepas tanpa membaiki atau membetulkan kelemahan kajian-kajian lepas. Justeru,kita akan dapat melakukan satu kajian penyelidikan yang lebih baik.

Di samping itu, kita juga dapat mengenalpasti tahap persetujuan pengkaji-pengkaji lain mengenai kajian yang ingin dilakukan ataupun sama ada terdapat perbezaan diantara hasil-hasil kajian yang lepas. Hal ini penting supaya kita tidak tersasar daripada matlamat ataupun persoalan kajian yang asal. Selain itu, kita juga akan dapat mengetahui bagaimana pengkaji lain menghubungkaitkan teori-teori dengan reka bentuk kajian serta mengukur pembolehubah-pembolehubah dalam kajian mereka.

3. Lima laman sesawang pangkalan data.

  1. ERIC
  2. EBSCOhost
  3. SCOPUS
  4. ProQuest
  5. Google Scholar

4. Kajian literatur melalui buku jarang digunakan oleh penyelidik disebabkan oleh maklumat atau kajian yang telah dijalankan adalah bersifat lama dan tidak lagi relevan dengan keadaan semasa. Selain itu, kajian literatur melalui buku juga memerlukan pengkaji itu melihat beberapa garis panduan dalam mendapakan maklumat kajian melalui buku ataupun sumber maklumat lain.

Tinjauan literatur melalui buku merupakan satu langkah kurang berkesan kerana pada zaman teknologi kebanyakkan maklumat yang diperlukan seperti artikel boleh diperolehi dengan mudah melalui internet. Berbanding dengan buku, pengkaji perlu mencari buku berkenaan di perpustakaan dan perlu memahami prosedur untk mencari buku yang berkenaan khusunya literatur periodikal.

Selain itu, maklumat melalui buku juga menggunakan ayat yang meleret-leret dan isi penting yang dikemukakan adalah terhad, manakala yang selebihnya adalah huraian yang tidak befokuskan kepada persoalan kajian. Buku juga bersifat komersial dimana ianya bukan bertujuan untuk penyelidikan semata-mata. Tambahan itu, proses untuk mendapatkan buku adalah sukar dan terhad. Kebanyakkan buku-buku biasanya ditulis oleh individu yang pakar dalam sesuatu bidang. Meskipun begitu, hasil penulisan buku mungkin mengandungi unsur-unsur bias ataupun dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran yang lain seperti emosi dan persekitaran.

5. Maklumat yang tidak seharusnya dimuatkan dalam tinjauan literatur.

  1. Maklumat yang lama dan tidak relevan untuk keperluan semasa.
  2. Maklumat yang tidak berkaitan ataupun tidak berfokuskan kepada permasalahan kajian yang sebenar.
  3. Maklumat yang tidak mengandungi teori, konsep, kaedah mengumpul data dan sebagainya.
  4. Maklumat literatur yang tidak mempunyai penilaian kritikal.
  5. Maklumat utama dalam literatur tidak ada iaitu reka bentuk penyelidikan.

6. Pelajar Professor Johan tidak akan bersetuju dengan arahan ataupun saranan yang telah diberikan. Hal ini kerana, tinjauan literatur merupkan langkah yang penting dalam menjalankan penyelidikan bagi membolehkan sesuatu permasalahan yang hendak dikaji itu diletakkan dalam konteks yang betul. Melalui tinjauan literatur, penyelidik akan membuat tinjauan ke atas sumber-sumber maklumat seperti buku, jurnal, kajian lepas dan sebagainya utnuk mendapatkan maklumat yang sesuai. Ia juga penting untuk mendapatkan maklumat utama seperti teori, reka bentuk kajian, instrumentasi, prosedur kajian, kaedah pengumpulan data dan analisis dapatan kajian. Sekiranya tidak menjalankan kajian literatur maka penyelidik sukar untuk membina dan memahami konsep asas kajian mereka dan berkemungkinan tersasar dari fokus kajian.

7. Sekuen komponen yang perlu ada dalam segmen tinjauan literatur ialah:

  1. Teori atau konsep bagi persoalan kajian.

Pengkaji akan menentukan teori formal berkaitan dengan idea ataupun persoalan yang hendak dikaji. Berdasarkan teori formal inilah pengkaji dapat memastikan bahawa terdapatnya hubungan di antara konsep-konsep yang terlibat dalam persoalan kajiannya dan seterusnya dapat menyatakan idea kajiannya dengan lebih jelas dan teliti.

  1. Pemilihan dan penentuan pemboleh ubah yang berkaitan.

Pengkaji akan menyatakan pembolehubah-pembolehubah yang terlibat dan perlu diukur bagi mewakili konsep-konsep tertentu dalam teori ataupun model yang digunakan. Selain itu, instrumen yang digunakan untuk mengukur pembolehubah tersebut turut dinyatakan sekiranya ia adalah berkaitan dengan persoalan kajian.

  1. Hubungkait antara pembolehubah

Pengkaji akan menyatakan hubungkait di antara pembolehubah yang terlibat dalam persoalan kajian. Hubungkait di antara pemboleh ubah ini boleh dinyatakan berpandukan kajian-kajian yang lepas ataupun berpandukan teori atau model yang berkaitan.

  1. Kajian yang lepas

Bagi komponen kajian yang lepas, pengkaji dapat menyatakan sekiranya terdapat persetujuan ataupun perbezaan di antara pengkaji-pengkaji lain berkenaan kajian yang hendak dijalankan.

0 ulasan: