BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 12, 2009

TUTORIAL 2 (GE3143 ASAS PENYELIDIKAN)

Soalan 1

Konsep pembolehubah.

Pembolehubah adalah konsep yang jelas maknanya dan dapat diukur dengan tepat . Penakrifan pembolehubah dapat membantu individu (pengkaji atau pembanca) untuk mengetahui apa yang sedang dikaji serta memudahkan interprestasi keputusannya.

Banding beza antara Pembolehubah bebas dengan pembolehubah bersandar adalah seperti berikut :

Pembolehubah Bebas

Pembolehubah Bersandar

-Pembolehubah yang menjadi penyebab sesuatu perkara kejadian.

- Juga merujuk kepada pembolehubah tidak bersandar.

-Ia adalah digunakan untuk menerangkan variasi atau manipulasi dengan cara tertentu untuk memberikan kesannnya kepada pembolehubah tidak bebas.

- Pembolehubah yang dihasilkan oleh kesan pembolehubah bebas.

- Menerima akibat ( bersandar kepada ) pembolehubah yang berlaku pada pembolehubah bebas atau tidak bersandar . Dalam erti kata yang lain ia adalah pembolehubah yang hendak diterangkan.

Soalan 2

Pembolehubah Kuantitatif (Metrical)

Pembolehubah Kategori

- Melibatkan pengukuran yang menggunakan skala tertentu .

- contohnya seperti 20%,50%, 80%)

- Melibatkan nombor seperti tinggi seseorang, berat badan seseorang dll.

- Boleh dibahagikan kepada 2 kategori :

i)Pembolehubah Kuantitatif Diskret- mengamil kira nilai nombor bulat atau nilai yang mengandungi (gaps).

ii)Pembolehubah Kuantitatif Selanjar – diperolehi dengan cara mengukur dan boleh mengambil nombor perpuluhan atau nombor pecahan.

Contoh ; berat seseorang , tinggi sebuah bangunan.

- Tidak meliabtkan nombor

- Contonhnya seperti motivasi rendah, motivasi sederhana dan motivasi tinggi.

Soalan 3

(i) Maksud Hipotesis Kajian

Adalah saranan sementarayang menjelaskan sesuatu fenomena. Saranan ini menerangkan hubungan antara pembolehubah yang menyebabkan fenomena.

Peranan Hipotesis Kajian :

- Menjalankan penyelidikan dan menerangkan kaedah untuk melaksanakan sesuatu kajian ( Mohd. Majid Konting, 2000)

- Menghuraikan masalah penyelidikan

- Sebagai kaedah atau cara bekerja

- Panduan menialai cara kerja

- Menyusun langkah dan pembuktian penyelidikan

(ii) Terdapat jurang penerimaan masyarakat tempatan terhadap kebolehan kemahiran belajar dari segi infranstruktur pembelajaran bagi pelajar bermasalah pendengaran dengan pelajar normal yang lain.

(iii) Tiada persamaan jurang penerimaan masyarakat tempatan terhadap kebolehan kemahiran belajar dari segi infranstruktur pembelajaran bagi pelajar bermasalah pendengaran dengan pelajar normal yang lain.

Soalan 4

(i) Tiada permasalahan etika

(ii) Tiada permasalahan etika

(iii) Ada permasalahan etika.

Hal ini adalah kerana penyelidik atau pegawai penjara tersebut tidak berterus terang dengan responden. Justeru dalam kes begini sebaik-baiknya pengkaji hendaklah menerangkan serta memberikan penjelasan kepada responden tenteng matlamat dan tujuan kajian. Keadaan ini bermaksud, semua maklumat perlu dijelaskan termasuklah prosedur yang terlibat dalam kajian. Dengan itu, responden akan secara sukarela melibatan diri dalam kajian berkenaan.

Rujukan

Prof Dr. T.Subahan Mohd . Meerah, Dr.Mohamed Amin Embi, Dr. Alias Baba, PM. Dr Nor Azizah Mohd. Salleh. Asas- asas Penyelidikan Tindakan GB5212, Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

http://metos2004.tripod.com/6rangkakerjadanhipotesis.htm

http://zahirzainudin.blogspot.com/2008/01/etika-dalam-penyelidikan.html

http://72.14.235.132/search?q=cache:N1y2LUl6Sd8J:www.ptik.polri.go.id/materi/MODUL-6.pdf+definisi+hipotesis+nol&hl=en&ct=clnk&cd=3&gl=my

http://72.14.235.132/search?q=cache:I_Y1nsjZKxQJ:creator.zoho.com/DownloadFile.do%3Ffilepath%3D/1203639195846_KOM3431_-_Nota_05.ppt%26sharedBy%3Dmatskai+konsep+pembolehubah&hl=en&ct=clnk&cd=6&gl=my

0 ulasan: